Followers

Sunday, 18 August 2019

Penandaan BM Pemahaman Tahun 4 dan Tahun 5

Ina kongsikan teknik menjawab soalan BM Pemahaman iaitu soalan kategori 3 markah.

Pada 9 Ogos yang lalu, Ina telah memberikan kerja sekolah kepada 'rebung-rebung' yang telah menyertai Program Pecutan Peperiksaan Akhir Tahun 4 dan  Program Pecutan Peperiksaan Akhir Tahun 5.

Soalan yang diberikan sengaja Ina taip dalam angka, bagi melihat kekuatan murid-murid. Kiranya Ina menggubal soalan ala-ala perangkap, gitu.

Jom mak-mak tengok apakah soalan yang telah Ina berikan.

BM Pemahaman

Bahagian B

Soalan 1
Terangkan kebaikan menyambut perayaan bersama sanak-saudara di kampung.
(3 markah)

Soalan 2
Berikan 3 contoh kuih tradisional masyarakat Melayu yang disajikan ketika menyambut perayaan.
(3 markah)
Soalan kedua ini sengaja Ina tulis (3) dalam angka.

========================================================================

Jom belajar bagaimana ibu bapa boleh membantu anak-anak di rumah.

Berikut merupakan skrip jawapan murid-murid Tahun 4:










Berikut merupakan skrip jawapan murid-murid Tahun 5:








Ina telah membuat rakaman untuk mengulas semua penandaan murid-murid. Ibu-ibu, bolehlah klik pautan di bawah ya.


Tuesday, 13 August 2019

Penandaan Sains (Gerhana Tahun 6)

Terdapat dua jenis gerhana iaitu:
Gerhana bulan
Gerhana matahari

Soalan dan latihan di bawah tentang gerhana Matahari.













Monday, 12 August 2019

Penandaan BM Penulisan Calon 11

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.

Nama ibu : Aslifah
Anak : Muhammad Abrar

Pada minggu lepas saya telah menduduki peperiksaan PRA UPSR. Sebelum memulakan peperiksaan kami semua mengulang kaji pelajaran Bahasa Melayu pemahaman kertas 1. Ketua pengawas menyuruh semua calon menyimpan buku di dalam beg.
Semua calon beratur mengikut angka giliran. Semua calon di benarkan masuk kedalam dewan peperiksaan. Semasa menjawab ujian kebanyakannya yang tidak faham dan menggaru kepala kerana tidak faham.
Selesai ujian semua calon pergi ke kantin kerana kelaparan. Selesai makan kami sempat mengulang kaji.

Selepas menjawab soalan penulisan kertas, semua calon berasa gembira kerana soalan ini tersangat-sangat mudah daripada yang lain.

     Selepas menjawab soalan, kami semua pergi ke kelas untuk mengambil beg dan pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan sangat gembira.

     Saya berharap mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan Bahasa Melayu.

 ****************************************************************************

Pada minggu lepas saya telah menduduki peperiksaan PRA UPSR. Sebelum memulakan peperiksaan kami semua mengulang kaji pelajaran Bahasa Melayu pemahaman kertas 1. Apabila jam menunjukkan pukul 8:00 pagi, Ketua pengawas menyuruh semua calon menyimpan buku di dalam beg.
Semua calon beratur mengikut angka giliran dan Semua calon di benarkan (dibenarkan) masuk kedalam (ke dalam) dewan peperiksaan. Semasa menjawab ujian, kebanyakannya murid yang tidak faham dan menggaru kepala kerana kemungkinan mereka tidak faham soalan.
Selesai ujian semua calon pergi ke kantin kerana kelaparan. Selesai makan kami sempat mengulang kaji.

Selepas menjawab soalan penulisan kertas,(kertas BM Penulisan) semua calon berasa gembira kerana soalan bagi kertas tersebut ini tersangat-sangat mudah daripada berbanding soalan yang lain.

     Selepas menjawab soalan, kami semua pergi ke kelas untuk mengambil beg dan pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan sangat gembira.

     Saya berharap mendapat kecemerlangan (markah yang cemerlang) dalam peperiksaan Bahasa Melayu.

Murid perlu mengembangkan isi agar jalan cerita menjadi lebih menarik.

Markah
Isi 6/12
Kosa kata 1/3
Struktur ayat 1/3
Penggunaan imbuhan 1/3
Tanda baca 2/2
Ejaan1/2
12/25

Penandaan BM Penulisan Calon 10

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.

Nama ibu ; Rosimah
Nama anak : Hakimi

Saya telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR disekolah pada 12 Julai 2019.
     Pada hari pertama saya menduduki peperiksaan percubaan UPSR ialah mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2.
Sewaktu Bahasa Melayu kertas 1 ialah pada pukul 8.30 pagi.  Sebelum mulakan peperiksaan, guru memberi taklimat  untuk menjawab.
     Pada pukul 10.30 pagi , saya berehat untuk makan. Tetapi saya mengambil peluang ke perpustakaan untuk mengulangkaji. Habis waktu rehat, saya beratur untuk masuk ke dalam kelas.
     Selepas itu, kami menunggu kertas yang akan diedarkan oleh guru. Pada pukul 11.10 pagi, kami mula menjawab kertas Bahasa Melayu kertas 2. Saya bersurai selepas selesai menjawab.
     Inilah kisah saya semasa waktu peperiksaan.

*********************************

Saya telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR disekolah (di sekolah) pada 12 Julai 2019.
(Perlu lebih penerangan).
     Pada hari pertama saya menduduki peperiksaan percubaan UPSR ialah mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2. (Pada hari pertama, saya telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR bagi dua subjek yang berbeza iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan)
Sewaktu Bahasa Melayu kertas 1 ialah pada pukul 8.30 pagi.  Sebelum mulakan peperiksaan, guru memberi taklimat  untuk menjawab. (Kertas soalan BM Pemahaman bermula pada jam 8:30 pagi. Sebelum peperiksaan bermula, saya dan rakan-rakan diberikan sedikit taklimat ringkas.)
     Pada pukul 10.30 pagi , saya berehat untuk makan. Tetapi saya mengambil peluang ke perpustakaan untuk mengulangkaji. Habis waktu rehat, saya beratur untuk masuk ke dalam kelas. (Pada pukul 10.30 pagi, saya berehat dan menjamah makanan di kantin. Sambil mengunyah, saya turut mengambil peluang mengulang kaji dengan membaca nota ringkas tentang isi-isi penting bagi beberapa tajuk karangan. Hal ini kerana, selepas rehat, saya akan mengambil peperiksaan BM Penulisan. Saya beratur untuk masuk ke dalam kelas selepas loceng rehat berbunyi.)
     Selepas itu, kami menunggu kertas yang akan diedarkan oleh guru. Pada pukul 11.10 pagi, kami mula menjawab kertas Bahasa Melayu kertas 2. (Baik) Saya bersurai selepas selesai menjawab.
     Inilah kisah saya semasa waktu peperiksaan.

Markah
Isi 5/12
Kosa kata 1/3
Struktur ayat 0/3
Penggunaan imbuhan 1/3
Tanda baca 2/2
Ejaan 1/2
10/25




Penandaan BM Penulisan Calon 9

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.

Nama ibu : Wan Siti Sara
Nama calon : M.Risa Fakhrin

     Pada minggu yang lepas,saya menduduki peperiksaan percubaan UPSR.Saya berasa sangat gementar dan takut.Pada saat itu saya mengulangkaji pelajaran bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR.Petang,malam dan pagi saya bersungguh-sungguh belajar.Hari pertama UPSR yang keluar ialah Bahasa Malaysia.
       
     Saya membaca karangan,ayat dan ulasan.Yang pemahaman ,saya mengulangkaji kata kerja dan penjodoh bilangan.

    Keesokkan harinya,saya gementar dan takut.Saya berdoa banyak-banyak supaya saya boleh menjawap dengan mudahnya.
      Selepas itu peperiksaan bermula dengan kertas pemahaman.Masa 8.30 pagi hingga 9.55 pagi.Selepas itu rehat dan mengulangkaji pasal karangan ayat dan ulasan.Masa bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12.55 tengah hari.

     Saya balik ke rumah.Saya berasa gembira dan seronok kerana saya menjawap kertas soalan pagi tadi sungguh senang.

#############################

     Pada minggu yang lepas, saya telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR.Saya berasa sangat gementar dan takut. Pada saat itu saya mengulangkaji pelajaran bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Petang, malam dan pagi saya bersungguh-sungguh belajar. Hari pertama UPSR yang keluar ialah Bahasa Malaysia. (Murid tidak merancang penulisan. Kecelaruan kelihatan dari segi peperiksaan percubaan dan peperiksaan sebenar UPSR. Murid juga menulis tentang cara-cara yang dilakukan sebelum hari peperiksaan tanpa menyatakan perasaan pada hari pertama peperiksaan)
       
     Saya membaca karangan, ayat dan ulasan.Yang pemahaman ,saya mengulangkaji kata kerja dan penjodoh bilangan. (Perlu tingkatkan kemahiran menulis)

    Keesokkan harinya, saya gementar dan takut. Saya berdoa banyak-banyak supaya saya boleh menjawap dengan mudahnya.

      Selepas itu peperiksaan bermula dengan kertas pemahaman. Masa 8.30 pagi hingga 9.55 pagi.Selepas itu rehat dan mengulangkaji pasal karangan ayat dan ulasan.Masa bermula pada pukul 11.30 pagi hingga 12.55 tengah hari.(Perlu tingkatkan kemahiran menulis)

     Saya balik ke rumah.Saya berasa gembira dan seronok kerana saya menjawap kertas soalan pagi tadi sungguh senang.

Markah
Isi 5/12
Kosa kata 1/3
Struktur ayat 0/3
Penggunaan imbuhan 1/3
Tanda baca 2/2
Ejaan1/2
10/25

Penandaan BM Penulisan Calon 8

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.

Nama ibu : Nor Aini
Nama calon : Aryana Qaisara

Pada minggu yang lalu, saya telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Saya berasa gementar kerana pertama kali menduduki peperiksaan yang sangat besar.
        Cikgu mengarah kami untuk masuk ke dalam dewan mengikut angka giliran. Apabila hendak masuk ke dalam dewan saya berasa lebih berdebar - debar kerana hendak menjawab peperiksaan.
        Suasana di dalam dewan sungguh sunyi kerana semua murid telah bersedia untuk menduduki peperiksaan. Ketika menjawab peperiksaan,ada yang termenung jauh kerana tidak faham kehendak soalan.
        Setelah habis ujian pertama,cikgu mengarah kami untuk keluar dari dewan untuk pergi ke kantin mengikut barisan meja. Selepas rehat,saya mengulangkaji untuk ujian kedua.
        Apabila hendak bermula ujian kedua,cikgu menyuruh kami menyimpan semua buku ke dalam beg supaya tiada murid meniru ketika peperiksaan berlangsung.
        Setelah selesai ujian kedua,cikgu mengarah kami supaya mengemas beg untuk pulang ke rumah masing - masing. Sebelum balik,cikgu menyuruh kami untuk mengutip sampah yang berada di dalam meja dan diatas lantai supaya kelihatn bersih sebelum meninggalkan dewan. Saya berharap agar saya dan kawan - kawan saya mendapat keputusan yang cemerlang dan terbaik.

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

Pada minggu yang lalu, saya telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Saya berasa gementar kerana pertama kali menduduki peperiksaan yang sangat besar. (penting)
        Cikgu mengarahkan kami untuk masuk ke dalam dewan mengikut angka giliran. Apabila hendak masuk (Ketika mengatur langkah) ke dalam dewan saya berasa lebih berdebar-debar kerana untuk hendak menjawab peperiksaan.
        Suasana di dalam dewan sungguh sunyi kerana semua murid telah bersedia untuk menduduki peperiksaan. Ketika menjawab peperiksaan, ada yang termenung jauh kerana besar kemungkinan mereka tidak faham kehendak soalan.
        Setelah habis ujian pertama, cikgu mengarahkan kami untuk keluar dari dewan. Saya bergegas ke untuk pergi ke kantin. mengikut barisan meja. Selepas rehat,saya mengulang kaji untuk ujian kedua.
        Apabila hendak bermula ujian kedua, cikgu menyuruh kami menyimpan semua buku ke dalam beg supaya tiada murid meniru ketika peperiksaan berlangsung.(Baik)
        Setelah selesai ujian kedua, cikgu mengarah kami supaya mengemas beg untuk pulang ke rumah masing - masing. Sebelum balik (pulang), cikgu menyuruh kami untuk mengutip sampah yang berada di dalam meja dan di atas lantai supaya kelihatn kelihatan bersih sebelum meninggalkan dewan. Saya berharap agar saya dan kawan - kawan saya mendapat keputusan yang cemerlang dan terbaik. (Baik)

Markah
Isi 10/12
Kosa kata 2/3
Struktur ayat 2/3
Penggunaan imbuhan 2/3
Tanda baca 2/2
Ejaan1/2
19/25


Penandaan BM Penulisan Calon 7

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.

Nama:Wan Nur Hani
Nama calon:Nur Batrisyia

Pada minggu lepas, saya telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Pada mulanya, saya berasa sangat gementar tetapi apabila saya telah mengulang kaji pelajaran, saya berasa yakin.
      Selepas itu, pengawas peperiksaan meminta kami meyimpan buku ke dlm beg. Seterusnya, pengawas peperiksaan mengedarkan kertas soalan kepada kami. Soalan itu agak mencabar.
      Selepas tamat peperiksaan untuk kertas satu, pengawas peperiksaan mengutip semula kertas kami dan dilepaskan ke kantin. Selepas selesai makan,kami memasuki semula dewan peperiksaan itu untuk menjawab kertas dua.
       Selepas tamat, saya dan rakan- rakan pun mengemas beg untuk pulang ke rumah. Saya berharap agar saya mendapat keputusan yang cemerlang.

==================================================================

Pada minggu lepas, saya telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Pada mulanya, saya berasa sangat gementar tetapi apabila saya telah mengulang kaji pelajaran pada malam sebelumnya, saya berasa yakin. (Baik)
      Peperiksaan bermula seawal jam 8:00 pagiSelepas ituPengawas peperiksaan meminta kami meyimpan buku ke dlm dalam beg. Seterusnya, pengawas peperiksaan mengedarkan kertas soalan kepada kami. Soalan itu agak mencabar.
      Selepas tamat peperiksaan untuk kertas satu pemahaman, pengawas peperiksaan mengutip semula kertas kami. dan Kami dilepaskan dibenarkan ke kantin. Selepas selesai makan, kami memasuki semula dewan peperiksaan itu untuk menjawab kertas dua  penulisan.
       Selepas tamat menjawab peperiksaan, saya dan rakan- rakan pun mengemas beg untuk pulang ke rumah. Saya berharap agar saya mendapat keputusan yang cemerlang.

Murid perlu lebih kreatif ketika merangka cerita. Isi perlu dikembangkan lagi.

Markah
Isi 7/12
Kosa kata 1/3
Struktur ayat 1/3
Penggunaan imbuhan 2/3
Tanda baca 2/2
Ejaan1/2 
14/25

Penandaan BM Pemahaman Tahun 4 dan Tahun 5

Ina kongsikan teknik menjawab soalan BM Pemahaman iaitu soalan kategori 3 markah. Pada 9 Ogos yang lalu, Ina telah memberikan kerja sekola...

Tajuk Jurnal