Followers

Friday, 21 October 2016

Adakah lagu boleh mengubah "Mood" ketika belajar?

Teks: Mazlina Omar
Sumber: YouTube

Siapa yang tidak menyukai muzik? Tiada, bukan? Setiap orang pasti menyukai muzik. Kajian menunjukkan bahawa sepohon pokok bunga boleh membesar dengan kadar yang pantas apabila lagu dimainkan ke udara. Pelik? Ya, kajian telah menunjukkan pemerhatian tersebut.

Alunan muzik telah merangsang minat sesiapa sahaja untuk lebih tenang, gembira dan mengembalikan semangat.

Sebagai ibu bapa yang kreatif, ketika anak mengulang kaji pelajaran, ibu bapa digalakkan memasang muzik supaya mood anak akan menjadi lebih baik. Selain rentak yang dimainkan, lirik lagu mampu mempengaruhi minda mereka untuk berubah atau menyemai semangat. Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan lagu yang boleh memberikan kesan positif kepada anak-anak.

Berikut Ina kongsikan beberapa lagu yang sangat baik untuk merangsang minat dan membina semangat. 
















Saturday, 23 July 2016

Bengkel Pecutan UPSR 2016

Teks  : Mazlina Binti Omar
Foto  : Hasnol Bin Harun

Syukur .... Alhamdulillah.... Ramai yang mendaftar Bengkel Pecutan UPSR 2016 dan hari ini genap seminggu kami bersama di bawah bumbung "Mustajab Doa Ibu Kumpulan 1, Mustajab Doa Ibu Kumpulan 2 dan Mustajab Doa Ibu Kumpulan 3".

Paling melegakan Ina ialah kerajinan dan keyakinan ibu-ibu ini bersama Ina menuju kecemerlangan  anak-anak UPSR 2016.....

Doakan agar kami terus menerus Istiqamah dalam membantu anak-anak kami meraih bintang. Jauhkan kami dari segala halangan yang hanya akan merugikan.




Panduan asas cara membina ayat bahagian A

Teks: Mazlina binti Omar Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan.  Sekarang Ina akan menerangkan tentang Bahagian A Bina Ayat.  J uml...

Tajuk Jurnal