Followers

Friday, 21 October 2016

Adakah lagu boleh mengubah "Mood" ketika belajar?

Teks: Mazlina Omar
Sumber: YouTube

Siapa yang tidak menyukai muzik? Tiada, bukan? Setiap orang pasti menyukai muzik. Kajian menunjukkan bahawa sepohon pokok bunga boleh membesar dengan kadar yang pantas apabila lagu dimainkan ke udara. Pelik? Ya, kajian telah menunjukkan pemerhatian tersebut.

Alunan muzik telah merangsang minat sesiapa sahaja untuk lebih tenang, gembira dan mengembalikan semangat.

Sebagai ibu bapa yang kreatif, ketika anak mengulang kaji pelajaran, ibu bapa digalakkan memasang muzik supaya mood anak akan menjadi lebih baik. Selain rentak yang dimainkan, lirik lagu mampu mempengaruhi minda mereka untuk berubah atau menyemai semangat. Justeru itu, ibu bapa perlu memainkan lagu yang boleh memberikan kesan positif kepada anak-anak.

Berikut Ina kongsikan beberapa lagu yang sangat baik untuk merangsang minat dan membina semangat. 
















Panduan asas cara membina ayat bahagian A

Teks: Mazlina binti Omar Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan.  Sekarang Ina akan menerangkan tentang Bahagian A Bina Ayat.  J uml...

Tajuk Jurnal