Followers

Tuesday, 30 July 2019

Sains Tahun 5 (Kekuatan dan Kestabilan)

 Teks: Hasnol bin Harun

Definisi atau maksud Kekuatan ialah...

Keupayaan struktur untuk manahan daya yang bertindak ke atasnya.
Struktur yang kuat dapat menampung beban yang berat dan tidak mudah retak, pecah, patah atau runtuh.

Kekuatan bergantung kepada bentuk-bentuk objek dalam struktur.
Terdapat pelbagai bentuk objek seperti kon, silinder, kuboid, piramid dan hemisfera.
Berikut diberikan beberapa contoh bangunan dan bentuknya.

Bangunan KLCC (kon)
Bangunan Komtar Pulau Pinang (silinder)
Bangunan Parlimen KL (kuboid)
Piramid Mesir (piramid)
Iglu ( hemisfera )

Kekuatan juga bergantung kepada jenis bahan yang digunakan
Bahan yang berbeza mempunyai kekuatan yang berbeza. Contohnya, binaan daripada konkrit lebih kuat berbanding dengan kayu.

Rumah banglo (bahan binaan : konkrit)
Rumah kayu ( bahan binaan : kayu)
 
Saiz struktur
Saiz struktur mestilah sepadan dengan beban yang ditanggungnya

Bentuk struktur
Struktur yang melengkung lebih kuat daripada bentuk struktur yang rata

Jambatan dan Terowong
Jambatan dan Terowong antara struktur yang dibina secara melengkung supaya lebih  kuat


Definisi atau maksud Kstabilan ialah...
Struktur yang tidak mudah tumbang apabila dikenakan daya ke atasnya

Kestabilan sesuatu objek bergantung kepada
Luas tapak
Ketinggian

Struktur lebih stabil sekiranya mempunyai luas tapak yang lebih besar

Contohnya

Basikal beroda tiga
Basikal beroda dua
Basikal beroda tiga lebih stabil berbanding basikal beroda dua kerana basikal beroda tiga mempunyai luas tapak yang lebih luas berbanding basikal beroda dua.


Struktur juga lebih stabil sekiranya lebih rendah
Bas dua tingkat
Bas setingkat
Objek yang lebih rendah adalah lebih stabil dibandingkan dengan objek yang lebih tinggi sekiranya luas tapak objek adalah sama

Berikut diberikan contoh soalan



Contoh jawapan yang telah ditanda.














Puan Mohany

Jawapan:

Soalan 8
a) Model N
b) Model N mempunyai bentuk melengkung berbanding Model N
c) Jenis bahan uang digunakan, Bentuk sesuatu struktur
d) i) R, Q, P
(Lihat tapak- R paling kecil luas tapak)
(Lihat tapak Q- kecil jika dibanding dengan saiznya yang lebih lebar)
(Lihat tapak P- besar)
d) ii) Ketinggian, Luas tapak

Semoga membantu murid.






Pentingnya air dalam sistem pembelajaran yang efektif

Teks: Mazlina Omar

Masyarakat Cina dan air
Wahai ibu bapa sekalian, pernah atau tidak kalian melihat masyarakat Cina sering membawa bekal air yang begitu besar. Mereka sungguh sinonim minum air kosong ketika belajar. Ina pernah mendapat petua ini daripada guru berbangsa Cina ketika di bangku sekolah rendah, kata guru tersebut, minum air ketika belajar walaupun kamu tidak berasa dahaga.

Bumi dan Otak Diliputi Air
Seperti bumi, tubuh kita juga terdiri daripada 70% air. Semasa kita berada dalam rahim ibu, kita juga berada dalam air. Lebih menakjubkan 90% otak kita juga merupakan air. Apabila air dalam badan berkurangan, bahagian yang banyak menderita ialah otak. Kasihan otak, bukan? Perkara yang sama akan berlaku kepada murid, yakni kekurangan air akan melemahkan daya ingatan, pemprosesan maklumat dan memahami informasi. Jelaslah kekurangan air akan memberi implikasi besar kepada otak dan pembelajaran.


Minum Air Banyak
Ransang anak kita (murid) dengan minum air sekerap mungkin. Air yang terbaik ialah air putih. Tentulah air putih juga punyai jenisnya. Air yang jelas baik ialah air zam-zam. Sememangnya agak sukar untuk menjadikan air zam-zam sebagai rutin memandangkan air tersebut hanya terdapat di bumi Allah, iaitu Tanah haram sahaja. Ina sangat mencadangkan anak minum air yang dibacakan air suci Al-quran dan lebih baik lagi jika air tersebut dibacakan ayat suci oleh ibu dan bapanya. Perkara ini Ina telah sentuh dan bicarakan kepada ibu bapa pada awal program Pecutan UPSR bermula. Ingat lagi tak?

Kajian Tentang Air
Seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain. Kajian ini dilakukan oleh Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun. Beliau menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif dan mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah. Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah. Hasil kajian turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.

Jadi, jangan lupa pagi ini, pesan kepada anak-anak supaya minum air sekerap yang boleh. Ingat UPSR masih berbaki 30 hari lagi. Jom pecut.


Friday, 26 July 2019

Apakah itu UPKK?

Teks: Hasnol Harun

UPKK ialah singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas Kafa. UPKK merupakan peperiksaan bersijil yang diselaraskan di seluruh Malaysia dan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan ini dijalankan kepada semua murid Tahun 5 yang mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Rendah Agama yang menggunakan sukatan pelajaran oleh pihak JAKIM.

Tujuan atau matlamat UPKK ialah menilai tahap kemahiran dan kebolehan murid dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, amali solat serta amali cara hidup Islam.


Berikut merupakan subjek atau kertas peperiksaan yang dinilai dalam UPKK
1) Al-Quran dan Hafazan
2) UlumSyariah (Ibadah dan Aqidah)
3) Sirah
4) Adab ( Akhlak Islamiyah 1&2)
5) Jawi dan Khat
6) Lughatul Quran
7) Penghayatan Cara Hidup Islam
8) Amali solat

UPKK dinilai melalui kaedah seperti berikut

Ujian Lisan
Al-Quran dan Hafazan

Ujian Amali
Wuduk dan Solat

Ujian Lisan dan Pemerhatian
Penghayatan cara Hidup Islam

Ujian Bertulis
Ulum Syariah (Ibadah dan Aqidah)
Sirah
Adab ( Akhlak Islamiyah 1&2)
Jawi dan Khat
Lughatul Quran

Kepentingan sijil UPKK
Sijil UPKK diperlukan untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Kawalan/Sekolah Rancangan Khas (SRK), Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN), atau Sekolah Menengah yang menawarkan Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA). Selain itu, sijil UPKK juga diperlukan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA yang menawarkan program Ulul Albab,  Sekolah Tahfiz dan lain-lain lagi.

Perbezaan antara UPKK dan PSRA
PSRA merupakan singkatan kepada Penilaian Sekolah Rendah Agama. PSRA ialah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak JAIS yang dijalankan kepada murid Tahun 6 di negeri Selangor sahaja. 



Kepada ibu bapa yang masih tercari-cari cara untuk membantu anak-anak Tahun 5 (2019) menghadapi peperiksaan UPKK, ibu bapa boleh sama-sama menyertai Program Pecutan UPKK yang hanya dijalankan secara dalam talian. 
Whatsapp 0195581568 sekarang. Kelas akan bermula pada 02 Ogos 2019. 

Bina Ayat Bahagian A (Pokok Kelapa)

Teks: Mazlina binti Omar

Perkongsian hari ini mengenai "Bagaimana mengajar anak-anak menomborkan skrip bina ayat jika, bahan rangsangan (gambar) yang diberikan tidak bernombor."

Lihat contoh gambar berikut:





Berdasarkan gambar di atas, gambar pokok kelapa sebaiknya diambil sebagai ayat nombor 1. Hal oni kerana, pokok kelapa merupakan asas kepada gambar-gambar yang lain. 

Mak-mak diminta memberitahu anak-anak, panduan menomborkan ayat kedua adalah dengan melihat gambar pertama mengikut arah putaran jam, justeru itu, gambar air kelapa sesuai dinomborkan sebagai nombor 2.

Boleh ya, mak-mak sekalian. Atau, calon UPSR? Boleh,ya?

Alang-alang  berkongsi gambar di atas, Ina lampirkan jawapan sekali ya.

Gambar pokok kelapa.
1. Pokok kelapa ialah pokok seribu guna kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan manusia. 

Gambar air kelapa
2. Air kelapa sangat manis dan ramai menggemarinya kerana minuman ini boleh menyejukkan badan. 
2. Kelapa muda enak dijadikan minuman ketika cuaca panas kerana airnya dapat menyejukkan badan dan melegakan tekak. 

Gambar tempurung
3. Tempurung kelapa boleh dijadikan barangan kraf tangan seperti pasu hiasan di rumah agar kelihatan lebih ceria. 

Gambar santan
4. Isi kelapa yang telah diparut menghasilkan santan yang digunakan untuk memasak pelbagai jenis lauk dan kuih tradisional Melayu. 

Gambar ketupat
5. Daun kelapa dianyam untuk digunakan sebagai bungkusan ketupat, lidinya pula boleh digunakan untuk membuat sate. 

Kerjaya sebagai seorang 'Penulis'

Teks: Mazlina Omar

Pendapatan sebagai seorang Penulis

Ramai yang masih tidak tahu mengenai pendapatan daripada sumber penulisan. Pada suatu ketika dahulu, Ina nampak bahawa pendapatan melalui bidang penulisan hanya dapat diperoleh melalui jualan buku yang ditulis. Siapa sangka, apabila seseorang menulis bagi pihak orang lain, maka penulis tersebut akan mendapat wang yang lumayan.

Apakah yang dimaksudkan menulis untuk orang lain?
Penulisan yang ditulis bertunjangkan kehendak dan kemahuan klien. Setelah menerima bayaran daripada klien, penulisan tersebut akan menjadi hak mutlak klien dan tiada kredit diberikan kepada penulis asal. Hal ini bermaksud, penulis menjual karya penulisan kepada klien mengikut perjanjian yang telah dipersetujui.   
Dapat sesuatu? 

Bagaimana menulis 'description' yang betul pada laman blog?

Teks: Mazlina Omar
Ketahui strategi meningkatkan followers ke laman blog
Jurnal Ina pada ruangan Usahawan kali ini mengenai teknik menulis description semasa kita setting blog. Ina belajar daripada suami sebenarnya. Sebelum ini, Ina pun kurang pengetahuan juga. Seperti yang telah kita ketahui, laman blog merupakan antara medium atau kedai dalam talian yang mampu meningkatkan jumlah jualan. Akan tetapi Ina menyarankan agar penulis blog tidak menulis ayat menjual sebaliknya penulisan tersebut mestilah mengandungi content yang baik kerana pembaca sangat suka akan maklumat.
Jika Puan menjalankan perniagaan menjual bahan bantu mengajar, bagaimana Puan ingin prospek selalu menziarahi laman blog Puan? 
Ina berikan contoh,
Puan boleh menulis begini dahulu,
"Saya menulis mengenai produk pendidikan yang sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak di bawah umur 6 tahun. Saya berkongsi maklumat mengenai produk-produk tersebut dengan membuat perbandingan antara beberapa pengeluar yang berada di pasaran."
Selepas menulis seperti di atas, Puan tukarkan ayat tersebut kepada 
(Nama blog Puan) merupakan sebuah laman blog yang menyediakan ulasan mengenai produk pendidikan daripada beberapa pengeluar tempatan dan antarabangsa. Baca dan lihat kepelbagaian item yang sesuai untuk memantapkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah untuk anak-anak berumur bawah 6 tahun.
Masukkan ayat yang telah ditukar ke description blog.
Jangan lupa, masukkan juga beberapa perkataan berikut semasa kita menulis pada ruang muka surat blog.
Belajar bagaimana ...
Dapatkan semua strategi ...
Dapatkan panduan bagaimana...
Jangan lupa klik di bawah...
Jom ketahui...
Ketahui strategi...
Nak tahu tentang…

Sekian,

Daripada Ina untuk Usahawan.

Panduan asas cara membina ayat bahagian A

Teks: Mazlina binti Omar Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan.  Sekarang Ina akan menerangkan tentang Bahagian A Bina Ayat.  J uml...

Tajuk Jurnal