Followers

Friday, 26 July 2019

Apakah itu UPKK?

Teks: Hasnol Harun

UPKK ialah singkatan kepada Ujian Penilaian Kelas Kafa. UPKK merupakan peperiksaan bersijil yang diselaraskan di seluruh Malaysia dan dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Peperiksaan ini dijalankan kepada semua murid Tahun 5 yang mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Rendah Agama yang menggunakan sukatan pelajaran oleh pihak JAKIM.

Tujuan atau matlamat UPKK ialah menilai tahap kemahiran dan kebolehan murid dalam bidang pembacaan dan hafazan Al-Quran, amali solat serta amali cara hidup Islam.


Berikut merupakan subjek atau kertas peperiksaan yang dinilai dalam UPKK
1) Al-Quran dan Hafazan
2) UlumSyariah (Ibadah dan Aqidah)
3) Sirah
4) Adab ( Akhlak Islamiyah 1&2)
5) Jawi dan Khat
6) Lughatul Quran
7) Penghayatan Cara Hidup Islam
8) Amali solat

UPKK dinilai melalui kaedah seperti berikut

Ujian Lisan
Al-Quran dan Hafazan

Ujian Amali
Wuduk dan Solat

Ujian Lisan dan Pemerhatian
Penghayatan cara Hidup Islam

Ujian Bertulis
Ulum Syariah (Ibadah dan Aqidah)
Sirah
Adab ( Akhlak Islamiyah 1&2)
Jawi dan Khat
Lughatul Quran

Kepentingan sijil UPKK
Sijil UPKK diperlukan untuk kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah Kawalan/Sekolah Rancangan Khas (SRK), Sekolah Rancangan Khas Negeri (RKN), atau Sekolah Menengah yang menawarkan Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA). Selain itu, sijil UPKK juga diperlukan untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh dan Maktab Rendah Sains MARA yang menawarkan program Ulul Albab,  Sekolah Tahfiz dan lain-lain lagi.

Perbezaan antara UPKK dan PSRA
PSRA merupakan singkatan kepada Penilaian Sekolah Rendah Agama. PSRA ialah peperiksaan bersijil yang dikeluarkan oleh pihak JAIS yang dijalankan kepada murid Tahun 6 di negeri Selangor sahaja. 



Kepada ibu bapa yang masih tercari-cari cara untuk membantu anak-anak Tahun 5 (2019) menghadapi peperiksaan UPKK, ibu bapa boleh sama-sama menyertai Program Pecutan UPKK yang hanya dijalankan secara dalam talian. 
Whatsapp 0195581568 sekarang. Kelas akan bermula pada 02 Ogos 2019. 

No comments:

Post a Comment

Penandaan BM Pemahaman Tahun 4 dan Tahun 5

Ina kongsikan teknik menjawab soalan BM Pemahaman iaitu soalan kategori 3 markah. Pada 9 Ogos yang lalu, Ina telah memberikan kerja sekola...

Tajuk Jurnal