Followers

Friday, 26 July 2019

Bagaimana menulis 'description' yang betul pada laman blog?

Teks: Mazlina Omar
Ketahui strategi meningkatkan followers ke laman blog
Jurnal Ina pada ruangan Usahawan kali ini mengenai teknik menulis description semasa kita setting blog. Ina belajar daripada suami sebenarnya. Sebelum ini, Ina pun kurang pengetahuan juga. Seperti yang telah kita ketahui, laman blog merupakan antara medium atau kedai dalam talian yang mampu meningkatkan jumlah jualan. Akan tetapi Ina menyarankan agar penulis blog tidak menulis ayat menjual sebaliknya penulisan tersebut mestilah mengandungi content yang baik kerana pembaca sangat suka akan maklumat.
Jika Puan menjalankan perniagaan menjual bahan bantu mengajar, bagaimana Puan ingin prospek selalu menziarahi laman blog Puan? 
Ina berikan contoh,
Puan boleh menulis begini dahulu,
"Saya menulis mengenai produk pendidikan yang sesuai dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak di bawah umur 6 tahun. Saya berkongsi maklumat mengenai produk-produk tersebut dengan membuat perbandingan antara beberapa pengeluar yang berada di pasaran."
Selepas menulis seperti di atas, Puan tukarkan ayat tersebut kepada 
(Nama blog Puan) merupakan sebuah laman blog yang menyediakan ulasan mengenai produk pendidikan daripada beberapa pengeluar tempatan dan antarabangsa. Baca dan lihat kepelbagaian item yang sesuai untuk memantapkan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah untuk anak-anak berumur bawah 6 tahun.
Masukkan ayat yang telah ditukar ke description blog.
Jangan lupa, masukkan juga beberapa perkataan berikut semasa kita menulis pada ruang muka surat blog.
Belajar bagaimana ...
Dapatkan semua strategi ...
Dapatkan panduan bagaimana...
Jangan lupa klik di bawah...
Jom ketahui...
Ketahui strategi...
Nak tahu tentang…

Sekian,

Daripada Ina untuk Usahawan.

No comments:

Post a Comment

Panduan asas cara membina ayat bahagian A

Teks: Mazlina binti Omar Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan.  Sekarang Ina akan menerangkan tentang Bahagian A Bina Ayat.  J uml...

Tajuk Jurnal