Followers

Friday, 26 July 2019

Bina Ayat Bahagian A (Pokok Kelapa)

Teks: Mazlina binti Omar

Perkongsian hari ini mengenai "Bagaimana mengajar anak-anak menomborkan skrip bina ayat jika, bahan rangsangan (gambar) yang diberikan tidak bernombor."

Lihat contoh gambar berikut:





Berdasarkan gambar di atas, gambar pokok kelapa sebaiknya diambil sebagai ayat nombor 1. Hal oni kerana, pokok kelapa merupakan asas kepada gambar-gambar yang lain. 

Mak-mak diminta memberitahu anak-anak, panduan menomborkan ayat kedua adalah dengan melihat gambar pertama mengikut arah putaran jam, justeru itu, gambar air kelapa sesuai dinomborkan sebagai nombor 2.

Boleh ya, mak-mak sekalian. Atau, calon UPSR? Boleh,ya?

Alang-alang  berkongsi gambar di atas, Ina lampirkan jawapan sekali ya.

Gambar pokok kelapa.
1. Pokok kelapa ialah pokok seribu guna kerana setiap bahagiannya mempunyai keistimewaan yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan manusia. 

Gambar air kelapa
2. Air kelapa sangat manis dan ramai menggemarinya kerana minuman ini boleh menyejukkan badan. 
2. Kelapa muda enak dijadikan minuman ketika cuaca panas kerana airnya dapat menyejukkan badan dan melegakan tekak. 

Gambar tempurung
3. Tempurung kelapa boleh dijadikan barangan kraf tangan seperti pasu hiasan di rumah agar kelihatan lebih ceria. 

Gambar santan
4. Isi kelapa yang telah diparut menghasilkan santan yang digunakan untuk memasak pelbagai jenis lauk dan kuih tradisional Melayu. 

Gambar ketupat
5. Daun kelapa dianyam untuk digunakan sebagai bungkusan ketupat, lidinya pula boleh digunakan untuk membuat sate. 

No comments:

Post a Comment

Penandaan BM Pemahaman Tahun 4 dan Tahun 5

Ina kongsikan teknik menjawab soalan BM Pemahaman iaitu soalan kategori 3 markah. Pada 9 Ogos yang lalu, Ina telah memberikan kerja sekola...

Tajuk Jurnal