Followers

Tuesday, 30 July 2019

Pentingnya air dalam sistem pembelajaran yang efektif

Teks: Mazlina Omar

Masyarakat Cina dan air
Wahai ibu bapa sekalian, pernah atau tidak kalian melihat masyarakat Cina sering membawa bekal air yang begitu besar. Mereka sungguh sinonim minum air kosong ketika belajar. Ina pernah mendapat petua ini daripada guru berbangsa Cina ketika di bangku sekolah rendah, kata guru tersebut, minum air ketika belajar walaupun kamu tidak berasa dahaga.

Bumi dan Otak Diliputi Air
Seperti bumi, tubuh kita juga terdiri daripada 70% air. Semasa kita berada dalam rahim ibu, kita juga berada dalam air. Lebih menakjubkan 90% otak kita juga merupakan air. Apabila air dalam badan berkurangan, bahagian yang banyak menderita ialah otak. Kasihan otak, bukan? Perkara yang sama akan berlaku kepada murid, yakni kekurangan air akan melemahkan daya ingatan, pemprosesan maklumat dan memahami informasi. Jelaslah kekurangan air akan memberi implikasi besar kepada otak dan pembelajaran.


Minum Air Banyak
Ransang anak kita (murid) dengan minum air sekerap mungkin. Air yang terbaik ialah air putih. Tentulah air putih juga punyai jenisnya. Air yang jelas baik ialah air zam-zam. Sememangnya agak sukar untuk menjadikan air zam-zam sebagai rutin memandangkan air tersebut hanya terdapat di bumi Allah, iaitu Tanah haram sahaja. Ina sangat mencadangkan anak minum air yang dibacakan air suci Al-quran dan lebih baik lagi jika air tersebut dibacakan ayat suci oleh ibu dan bapanya. Perkara ini Ina telah sentuh dan bicarakan kepada ibu bapa pada awal program Pecutan UPSR bermula. Ingat lagi tak?

Kajian Tentang Air
Seorang saintis Jepun mendapati bahawa air zam-zam mempunyai keajaiban dan kandungan airnya berbeza dengan yang lain. Kajian ini dilakukan oleh Dr Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun. Beliau menjalankan kajian ke atas perubahan bentuk molekul air yang didedahkan kepada pengaruh-pengaruh positif dan negatif dan mendapati apabila air didedahkan kepada kata-kata, tulisan dan pesanan yang berbentuk positif, air-air tersebut membentuk molekul yang berbentuk kristal indah. Sebagai contoh, dalam salah satu eksperimen beliau, air didedahkan dengan bacaan doa agama Islam dan molekul air yang terhasil membentuk kristal indah berbentuk segi enam dengan lima cabang daun yang berkilauan indah. Hasil kajian turut mendapati molekul air yang terhasil menerusi eksperimen ke atas air zam-zam adalah bercabang-cabang dan berkilauan.

Jadi, jangan lupa pagi ini, pesan kepada anak-anak supaya minum air sekerap yang boleh. Ingat UPSR masih berbaki 30 hari lagi. Jom pecut.


No comments:

Post a Comment

Panduan asas cara membina ayat bahagian A

Teks: Mazlina binti Omar Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan.  Sekarang Ina akan menerangkan tentang Bahagian A Bina Ayat.  J uml...

Tajuk Jurnal