Followers

Monday, 12 August 2019

Penandaan BM Penulisan Calon 10

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.

Nama ibu ; Rosimah
Nama anak : Hakimi

Saya telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR disekolah pada 12 Julai 2019.
     Pada hari pertama saya menduduki peperiksaan percubaan UPSR ialah mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2.
Sewaktu Bahasa Melayu kertas 1 ialah pada pukul 8.30 pagi.  Sebelum mulakan peperiksaan, guru memberi taklimat  untuk menjawab.
     Pada pukul 10.30 pagi , saya berehat untuk makan. Tetapi saya mengambil peluang ke perpustakaan untuk mengulangkaji. Habis waktu rehat, saya beratur untuk masuk ke dalam kelas.
     Selepas itu, kami menunggu kertas yang akan diedarkan oleh guru. Pada pukul 11.10 pagi, kami mula menjawab kertas Bahasa Melayu kertas 2. Saya bersurai selepas selesai menjawab.
     Inilah kisah saya semasa waktu peperiksaan.

*********************************

Saya telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR disekolah (di sekolah) pada 12 Julai 2019.
(Perlu lebih penerangan).
     Pada hari pertama saya menduduki peperiksaan percubaan UPSR ialah mata pelajaran Bahasa Melayu kertas 1 dan kertas 2. (Pada hari pertama, saya telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR bagi dua subjek yang berbeza iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan)
Sewaktu Bahasa Melayu kertas 1 ialah pada pukul 8.30 pagi.  Sebelum mulakan peperiksaan, guru memberi taklimat  untuk menjawab. (Kertas soalan BM Pemahaman bermula pada jam 8:30 pagi. Sebelum peperiksaan bermula, saya dan rakan-rakan diberikan sedikit taklimat ringkas.)
     Pada pukul 10.30 pagi , saya berehat untuk makan. Tetapi saya mengambil peluang ke perpustakaan untuk mengulangkaji. Habis waktu rehat, saya beratur untuk masuk ke dalam kelas. (Pada pukul 10.30 pagi, saya berehat dan menjamah makanan di kantin. Sambil mengunyah, saya turut mengambil peluang mengulang kaji dengan membaca nota ringkas tentang isi-isi penting bagi beberapa tajuk karangan. Hal ini kerana, selepas rehat, saya akan mengambil peperiksaan BM Penulisan. Saya beratur untuk masuk ke dalam kelas selepas loceng rehat berbunyi.)
     Selepas itu, kami menunggu kertas yang akan diedarkan oleh guru. Pada pukul 11.10 pagi, kami mula menjawab kertas Bahasa Melayu kertas 2. (Baik) Saya bersurai selepas selesai menjawab.
     Inilah kisah saya semasa waktu peperiksaan.

Markah
Isi 5/12
Kosa kata 1/3
Struktur ayat 0/3
Penggunaan imbuhan 1/3
Tanda baca 2/2
Ejaan 1/2
10/25




No comments:

Post a Comment

Panduan asas cara membina ayat bahagian A

Teks: Mazlina binti Omar Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan.  Sekarang Ina akan menerangkan tentang Bahagian A Bina Ayat.  J uml...

Tajuk Jurnal