Followers

Monday, 12 August 2019

Penandaan BM Penulisan Calon 11

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.

Nama ibu : Aslifah
Anak : Muhammad Abrar

Pada minggu lepas saya telah menduduki peperiksaan PRA UPSR. Sebelum memulakan peperiksaan kami semua mengulang kaji pelajaran Bahasa Melayu pemahaman kertas 1. Ketua pengawas menyuruh semua calon menyimpan buku di dalam beg.
Semua calon beratur mengikut angka giliran. Semua calon di benarkan masuk kedalam dewan peperiksaan. Semasa menjawab ujian kebanyakannya yang tidak faham dan menggaru kepala kerana tidak faham.
Selesai ujian semua calon pergi ke kantin kerana kelaparan. Selesai makan kami sempat mengulang kaji.

Selepas menjawab soalan penulisan kertas, semua calon berasa gembira kerana soalan ini tersangat-sangat mudah daripada yang lain.

     Selepas menjawab soalan, kami semua pergi ke kelas untuk mengambil beg dan pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan sangat gembira.

     Saya berharap mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan Bahasa Melayu.

 ****************************************************************************

Pada minggu lepas saya telah menduduki peperiksaan PRA UPSR. Sebelum memulakan peperiksaan kami semua mengulang kaji pelajaran Bahasa Melayu pemahaman kertas 1. Apabila jam menunjukkan pukul 8:00 pagi, Ketua pengawas menyuruh semua calon menyimpan buku di dalam beg.
Semua calon beratur mengikut angka giliran dan Semua calon di benarkan (dibenarkan) masuk kedalam (ke dalam) dewan peperiksaan. Semasa menjawab ujian, kebanyakannya murid yang tidak faham dan menggaru kepala kerana kemungkinan mereka tidak faham soalan.
Selesai ujian semua calon pergi ke kantin kerana kelaparan. Selesai makan kami sempat mengulang kaji.

Selepas menjawab soalan penulisan kertas,(kertas BM Penulisan) semua calon berasa gembira kerana soalan bagi kertas tersebut ini tersangat-sangat mudah daripada berbanding soalan yang lain.

     Selepas menjawab soalan, kami semua pergi ke kelas untuk mengambil beg dan pulang ke rumah masing-masing dengan perasaan sangat gembira.

     Saya berharap mendapat kecemerlangan (markah yang cemerlang) dalam peperiksaan Bahasa Melayu.

Murid perlu mengembangkan isi agar jalan cerita menjadi lebih menarik.

Markah
Isi 6/12
Kosa kata 1/3
Struktur ayat 1/3
Penggunaan imbuhan 1/3
Tanda baca 2/2
Ejaan1/2
12/25

No comments:

Post a Comment

Panduan asas cara membina ayat bahagian A

Teks: Mazlina binti Omar Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan.  Sekarang Ina akan menerangkan tentang Bahagian A Bina Ayat.  J uml...

Tajuk Jurnal