Followers

Monday, 12 August 2019

Penandaan BM Penulisan Calon 4

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.

Pada minggu yang lepas, saya telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR di dewan sekolah. Pada hari pertama saya menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR, saya rasa sangat gementar. Suasana di dewan sangat riuh kerana kami sedang mengulang kaji untuk kali yang terakhir.
     Pengawas peperiksaan menyuruh kami menyimpan buku-buku ke dalam beg semula. Kemudian,  Pengawas peperiksaan mengedarkan kertas soalan kepada kami semua.
     Saya berdoa dalam hati agar semuanya senang-senang sahaja. Saya mula menjawab soalan-soalan itu dengan tenang.
     Selepas itu, kami turun ke kantin untuk makan pagi. Selepas kami habis makan kami naik ke dewan semula. Kami mengulang kaji untuk  mata pelajaran yang seterusnya.
     Saya mengulang kaji di tempat sendiri untuk kali yang terakhir. Kami mula menjawab dengan tenang dan senang daripada yang lain.Selepas kami habis menjawab semua soalan pengawas peperiksaan mengutip semula kertas soalan. Akhir sekali, saya pulang ke rumah dengan gembiranya.

#################################################################################

Pada minggu yang lepas, saya telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR di dewan sekolah. Pada hari pertama saya menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR, saya rasa sangat gementar. Suasana di dewan sangat riuh kerana kami sedang mengulang kaji untuk kali yang terakhir. (Baik)
     Beberapa minit kemudian, Ketua Pengawas peperiksaan menyuruh kami menyimpan buku- buku ke dalam beg semula. Kemudian,  Pengawas (para pengawas bertugas) peperiksaan mengedarkan kertas soalan kepada kami semua.
     Saya berdoa dalam hati agar semuanya senang-senang sahaja.  Saya mula menjawab soalan-soalan itu dengan tenang. (Baik)
     Selepas itu, kami turun ke kantin untuk makan pagi. Selepas kami habis selesai makan, kami naik ke dewan semula. Kami mengulang kaji untuk mata pelajaran yang seterusnya.
     Saya mengulang kaji di tempat sendiri untuk kali yang terakhir. Peperiksaan diteruskan dengan subjek seterusnya. Kami mula menjawab dengan tenang dan saya memilih untuk menjawab soalan yang lebih senang daripada yang lain. Selepas kami habis menjawab semua soalan, pengawas peperiksaan mengutip semula kertas soalan. Akhir sekali, saya pulang ke rumah dengan gembiranya.
(Panjangkan penutup kepada dua ayat sekurang-kurangnya)

Markah
Isi 10/12
Kosa kata 2/3
Struktur ayat 2/3
Penggunaan imbuhan 2/3
Tanda baca 2/2
Ejaan 2/2
20/25



No comments:

Post a Comment

Penandaan BM Pemahaman Tahun 4 dan Tahun 5

Ina kongsikan teknik menjawab soalan BM Pemahaman iaitu soalan kategori 3 markah. Pada 9 Ogos yang lalu, Ina telah memberikan kerja sekola...

Tajuk Jurnal