Followers

Monday, 12 August 2019

Penandaan BM Penulisan Calon 5

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.

Nama ibu : Haslina
Nama Calon : Amelin

        Pada minggu yang lepas, saya telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR di sekolah saya. Sebelum pergi ke sekolah saya telah dinasihati oleh ibubapa agar menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan tidak gementar.
          Apabila sampai di sekolah, saya bersama rakan-rakan mengulangkaji pelajaran sebelum peperiksaan bermula. Pada pukul 8.00 pagi semua pelajar diarahkan untuk masuk ke dalam dewan dan duduk di tempat yang telah ditetapkan. Guru telah mengedarkan kertas soalan dan membaca arahan yang terdapat pada kertas peperiksaan. Selepas itu, saya dan rakan -rakan dibenarkan untuk membuka kertas peperiksaan . Sebelum menjawab soalan saya telah membaca doa agar dipermudahkn sepanjang peperiksaan. Suasana di dalam dewan senyap kerana masing-masing tekun menjawab soalan.
         Pada pukul 9.15 pagi guru telah memberi arahan untuk kami habiskan soalan terakhir kerana masa sudah tamat. Semasa guru mengutip kertas jawapan kedengaran suara bising dan riuh - rendah. Saya dan rakan-rakan dibenarkan berehat seketika sebelum kertas peperiksaan yang lain pula akan dijawab.

///////////////////////////////////////////////////////////////////////////

        Pada minggu yang lepas, saya telah menduduki peperiksaan percubaan UPSR di sekolah saya. Sebelum pergi ke sekolah saya telah dinasihati oleh ibubapa (ibu bapa) agar menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan tidak gementar.
          Apabila sampai di sekolah, saya bersama rakan-rakan mengulangkaji (mengulang kaji) pelajaran sebelum peperiksaan bermula. Pada pukul 8.00 pagi semua pelajar diarahkan untuk masuk ke dalam dewan dan duduk di tempat yang telah ditetapkan. Guru telah mengedarkan kertas soalan dan membaca arahan yang terdapat pada kertas peperiksaan. (Baik). Selepas itu, saya dan rakan -rakan dibenarkan untuk membuka kertas peperiksaan . Sebelum menjawab soalan saya telah membaca doa agar dipermudahkn urusan sepanjang menjawab peperiksaan. Suasana di dalam dewan senyap kerana masing-masing tekun menjawab soalan. (Baik)
         Pada pukul 9.15 pagi guru telah memberi arahan untuk kami habiskan soalan terakhir kerana masa sudah tamat. Semasa guru mengutip kertas jawapan kedengaran suara bising dan riuh - rendah. Saya dan rakan-rakan dibenarkan berehat seketika sebelum kertas peperiksaan yang lain pula akan dijawab. (yang seterusnya diberikan)

Murid perlu menulis keseluruhan pengalaman pada hari tersebut, sama seperti menulis karangan catatan. Bermula daripada awal hingga akhir.

Markah
Isi 9/12
Kosa kata 2/3
Struktur ayat 2/3
Penggunaan imbuhan 2/3
Tanda baca 2/2
Ejaan 2/2
19/25





No comments:

Post a Comment

Penandaan BM Pemahaman Tahun 4 dan Tahun 5

Ina kongsikan teknik menjawab soalan BM Pemahaman iaitu soalan kategori 3 markah. Pada 9 Ogos yang lalu, Ina telah memberikan kerja sekola...

Tajuk Jurnal