Followers

Monday, 12 August 2019

Penandaan BM Penulisan Calon 6

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.

Nama ibu : Mohany
Nama calon : Keertana

Pada minggu yang lepas, saya menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Peperiksaan ini diadakan untuk memastikan murid-murid bersedia dan berasa sedar untuk menghadapi ujian UPSR yang sebenar. Tujuan peperiksaan ini juga adalah untuk guru-guru menilai kebolehan setiap murid untuk menjawab soalan peperiksaan.
    Pada hari pertama, kami menduduki peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu yang mempunyai dua kertas iaitu kertas Pemahaman dan Penulisan. Sebelum peperiksaan bermula, kami diminta berbaris di luar dewan mengikut angka giliran.
    Selepas memasuki dewan peperiksaan, guru yang berada di dewan memberi taklimat tentang mengisi maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan dan masa yang diberi iaitu sejam dan 15 minit.
    Setelah membaca doa masing-masing, kami terus menjawab kertas yang diberi. Suasana di dewan tenang dan sunyi-sepi. Saya dapat menjawab dengan baik kerana telah membuat latihan sebelum peperiksaan bermula.
    Selepas masa telah tamat, ramai murid terkejut kerana tidak sempat menjawab semua soalan. Mereka terpaksa menghantar kertas soalan yang belum siap dijawab. Kami turun ke kantin untuk membeli makanan sebagai alas perut. Kami berbaris semula lalu bergerak ke dewan untuk menduduki kertas kedua, kertas Penulisan.
Semua murid dapat menjawab soalan Penulisan dengan lancar kerana soalan yang diberi senang dijawab. Kami semua berharap supaya mendapat markah yang tinggi dalam subjek Bahasa Melayu.

++++++++++++

Pada minggu yang lepas, saya menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Peperiksaan ini diadakan untuk memastikan murid-murid bersedia dan berasa sedar (yakin) untuk menghadapi ujian (peperiksaan) UPSR yang sebenar. Tujuan peperiksaan ini juga adalah untuk guru-guru menilai kebolehan setiap murid untuk menjawab soalan peperiksaan.
    Pada hari pertama, kami menduduki peperiksaan bagi subjek Bahasa Melayu yang mempunyai dua kertas iaitu kertas Pemahaman dan Penulisan. Sebelum peperiksaan bermula, kami diminta berbaris di luar dewan mengikut angka giliran. (Baik)
    Selepas memasuki dewan peperiksaan, guru yang berada di dewan memberi taklimat tentang mengisi maklumat calon seperti nama dan nombor kad pengenalan. dan masa iaitu sejam dan 15 minit. (Masa yang diberi untuk menjawab soalan ialah satu jam 15 minit).
    Setelah membaca doa masing-masing, kami terus menjawab kertas yang diberi. Suasana di dewan tenang dan sunyi-sepi. Saya dapat menjawab dengan baik kerana telah membuat latihan sebelum peperiksaan bermula.(Baik)
    Selepas (Apabila) masa telah tamat, ramai murid terkejut kerana tidak sempat menjawab semua soalan. Mereka terpaksa menghantar kertas soalan yang belum siap dijawab. (Baik) Kami turun ke kantin untuk membeli makanan sebagai alas perut. Kami berbaris semula lalu bergerak ke dewan untuk menduduki kertas kedua, kertas BM Penulisan.
Semua murid dapat menjawab soalan BM Penulisan dengan lancar kerana soalan yang diberi senang untuk dijawab. Kami semua berharap supaya agar mendapat dikurniakan markah yang tinggi dalam subjek Bahasa Melayu.

Markah
Isi 10/12
Kosa kata 2/3
Struktur ayat 2/3
Penggunaan imbuhan 2/3
Tanda baca 2/2
Ejaan 2/2
20/25

No comments:

Post a Comment

Penandaan BM Pemahaman Tahun 4 dan Tahun 5

Ina kongsikan teknik menjawab soalan BM Pemahaman iaitu soalan kategori 3 markah. Pada 9 Ogos yang lalu, Ina telah memberikan kerja sekola...

Tajuk Jurnal