Followers

Monday, 12 August 2019

Penandaan BM Penulisan Calon 1

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.

=======================================================================

Nama Ibu : Norlizawati Atan / Nama anak : Muhammad Zafri Aqil

Pada minggu yang lalu, saya telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Saya berasa sangat gementar kerana ini merupakan kali pertama saya menduduki peperiksaan yang bagi saya sangatlah besar.
    Suasana di dalam dewan peperiksaan sangat senyap kerana semua calon sibuk mengulang kaji buat kali terakhir.Akhirnya, pengawas peperiksaan menyuruh kami menyimpan buku.
    Setelah diberikan kertas soalan, saya membaca doa supaya mudah untuk saya menjawab. Soalan yang ada di dalam kertas susah-susah belaka. Ada menggaru kepala tanda tidak tahu.
    Semua calon keluar dari dewan peperiksaan untuk ke kantin. Setelah rehat, calon diarahkan untuk masuk ke dewan semula bagi menjawab kertas seterusnya.
    Saya sempat berjumpa dengan ibu dan bapa saya untuk memohon restu mereka.Saya masuk ke dalam dewan sedikit lewat kerana sakit perut. Saya menjawab soalan dengan tenang kerana soalan kali ini lebih mudah berbanding sebelumnya.
Saya pun pulang ke rumah selepas peperiksaan tamat. Saya berharap saya akan peroleh keputusan yang baik. Saya juga berharap pemeriksa yang menanda lembut hati.

========================================================================

Pada minggu yang lalu, saya telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Saya berasa sangat gementar kerana ini merupakan kali pertama saya menduduki peperiksaan yang bagi saya sangatlah besar. (Saya berasa sangat gementar kerana peperiksaan tersebut merupakan peperiksaan awam yang pada saya sangat besar implikasinya.)
    Suasana di dalam dewan peperiksaan sangat senyap kerana semua calon sibuk mengulang kaji buat (untuk) kali terakhir. Akhirnya, (Tidak lama selepas itu,) pengawas peperiksaan menyuruh kami menyimpan buku dan bersedia untuk menjawab peperiksaan.
    Setelah diberikan (menerima) kertas soalan, saya membaca doa supaya mudah untuk saya menjawab. (agar ditajamkankan minda dan ditenangkan hati supaya saya mudah menjawab soalan). Soalan yang ada di dalam kertas (Soalan yang dikemukan) susah-susah belaka. Ada menggaru kepala tanda tidak tahu. (Pada amatan saya, rakan-rakan yang lain turut berasa demikian kerana saya terlihat kelibat seorang daripada mereka sedang menggaru kepala seolah-olah menunjukkan tanda tidak tahu.)
    (Setelah satu jam berlalu,) semua calon dibenarkan keluar dari dewan peperiksaan untuk ke kantin. Setelah rehat, (Selepas waktu rehat) calon-calon diarahkan untuk masuk ke dewan semula bagi menjawab kertas peperiksaan seterusnya.
    Saya sempat berjumpa dengan ibu dan bapa saya untuk memohon restu mereka. Saya masuk ke dalam dewan sedikit lewat kerana sakit perut. Saya menjawab soalan dengan tenang kerana soalan kali ini lebih mudah berbanding sebelumnya. (Teacher berpendapat bahawa ketika murid menulis pada perenggan ini, murid telah kehilangan idea dan fizikalnya pula sudah mula kepenatan. Hal ini kerana pada perenggan ini murid sudah menzahirkan ayat yang tiada fokus dan tunggang- langgang)
Saya pun pulang ke rumah selepas peperiksaan tamat. Saya berharap saya akan peroleh keputusan yang baik. Saya juga berharap pemeriksa yang menanda lembut hati. (Teacher mencadangkan supaya murid mengakhiri karangan seperti berikut: Jam tangan yang dipakai pada pergelangan tangan menunjukkan pukul 12:00 tengah hari. Saya mula menyemak angka giliran yang telah diisi pada skrip jawapan. Saya berdoa agar saya berjaya meraih markah cemerlang untuk dua kertas peperiksaan yang telah saya jawab pada hari ini.)

Markah
Isi 9/12
Kosa kata 1/3
Struktur ayat 1/3
Penggunaan imbuhan 1/3
Tanda baca 2/2
Ejaan 2/2
16/25


No comments:

Post a Comment

Panduan asas cara membina ayat bahagian A

Teks: Mazlina binti Omar Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan.  Sekarang Ina akan menerangkan tentang Bahagian A Bina Ayat.  J uml...

Tajuk Jurnal