Followers

Monday, 12 August 2019

Penandaan BM Penulisan Calon 2

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.


Nama ibu: Adyani / Nama anak: Ikhwan Adam

Pada minggu yang lalu, saya menduduki peperiksaan percubaan UPSR.Saya berasa sangat gementar kerana ini kali pertama saya menduduki peperiksaan percubaan UPSR
     Suasana di dalam dewan sunyi-sepi kerana semua pelajar mengulang kaji pelajaran.Setelah diberikan peluang,cikgu memanggil semua ke atas untuk menduduki ujian pertama.Saya berdoa agar saya dapat menjawab soalan dengan mudah.
     Cikgu mengedarkan kertas soalan dan kertas jawapan.Ujian tersebut susah-belaka.Kebanyakkan daripada satu kelas menggaru kepala kerana tidak tahu jawapannya.
     Selepas tamat ujian pertama,saya turun ke kantin untuk membeli makanan.Selepas itu,saya mengulang kaji sebelum ujian kedua.Selepas tamat waktu rehat,saya pulang ke dewan untuk menduduki ujian seterusnya.
     Apabila saya menjawab ujian kedua,saya berasa lebih tenang kerana ujian kedua tidak susah.Saya berasa lebih yakin untuk menjawab.Selepas tamat,saya turun ke dewan.
     Saya mengemas beg untuk pulang ke rumah saya.Saya berharap agar saya dapat keputusan cemrlang dalam ujian pertama dan kedua.

#################################################################################

Pada minggu yang lalu, saya menduduki peperiksaan percubaan UPSR. Saya berasa sangat gementar kerana ini (pada hari tersebut merupakan) kali pertama saya menduduki peperiksaan percubaan UPSR penting untuk murid tahun 6.
     Suasana di dalam dewan sunyi-sepi kerana semua pelajar (murid) mengulang kaji pelajaran. Setelah diberikan peluang, cikgu memanggil semua ke atas untuk menduduki ujian pertama. Saya berdoa agar saya dapat menjawab soalan dengan mudah. (Penerangan murid pada perenggan ini agak terhad, murid gagal mengulas isi)
     Cikgu mengedarkan kertas soalan dan kertas jawapan. Ujian tersebut susah-belaka. Kebanyakkan daripada satu kelas menggaru kepala kerana tidak tahu jawapannya. (Pengawas mula mengedarkan kertas soalan sejurus selepas Ketua Pengawas memberikan sedikit taklimat. Ketika peperiksaan berlangsung, saya mendapati bahawa soalan yang dikemukakan agak susah dan kelihatan rakan-rakan yang lain turut menggaru kepala, seolah-oleh menyuarakan rasa gusar terhadap soalan-soalan yang terdapat pada kertas peperiksaan itu)
     Selepas tamat ujian pertama, saya dan rakan-rakan dibenarkan turun ke kantin untuk membeli makanan. Selepas itu, saya mengulang kaji jenis karangan berformat sebelum ujian kedua berlangsung. Selepas tamat waktu rehat, saya pulang ke dewan untuk menduduki ujian seterusnya.
     Apabila saya menjawab ujian kedua,saya berasa lebih tenang kerana ujian kedua tidak begitu susah. Saya berasa lebih yakin untuk menjawab, ditambah pula idea mengarang datang mencurah-curah bagaikan air terjun yang turun menyirami bumi.
Selepas tamat peperiksaan, saya turun ke dewan. Saya mengemas beg untuk pulang ke rumah saya.Saya berharap agar saya mendapat keputusan cemerlang dalam ujian pertama dan kedua yang telah saya jawab dengan penuh harapan.

Markah
Isi 7/12
Kosa kata 1/3
Struktur ayat 1/3
Penggunaan imbuhan 1/3
Tanda baca 1/2
Ejaan 1/2
12/25


No comments:

Post a Comment

Penandaan BM Pemahaman Tahun 4 dan Tahun 5

Ina kongsikan teknik menjawab soalan BM Pemahaman iaitu soalan kategori 3 markah. Pada 9 Ogos yang lalu, Ina telah memberikan kerja sekola...

Tajuk Jurnal