Followers

Monday, 12 August 2019

Penandaan BM Penulisan Calon 3

Karangan Keperihalan

Tajuk:
Kamu telah menduduki  Peperiksaan Percubaan UPSR di sekolah kamu. Ceritakan suasana pada hari pertama kamu menduduki peperiksaan tersebut.


Nama ibu: Puan Watie

Pada minggu lepas, saya telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR.Ia ialah ujian untuk menguji adakah murid sudah bersedia menghadapi UPSR atau pbelum.Peperiksaan berlangsung selamaempat hari,bermula pada hari Isnin hingga hari Khamis.Subjek pertama
yang akan diduduki ialah Bahasa Malaysia.Terdapat dua kertas pada subjek ini iaitu kertas pemahaman dan penulisan.

        Pada hari Isnin, kertas pertama yang akan diduduki ialah Bahasa Malaysia pemahaman.Sebelum memasuki dewan murid dibenarkan untuk
mengulangkaji. besar datang dan menyuruh murid-murid menyimpan buku dan beratur mengikut angka giliran.

        Murid-murid ke dewan untuk menjawab peperiksaan.Beberapa orang guru telah ditugaskan untuk menjaga dewan agar murid mengikut peraturan didalam dewan.Murid-murid diminta duduk dalam keadaan senyap.Di atas meja telah diletakkan kertas soalan.Murid-murid dibenarkan menjawab soalan sekarang mereka diberikan masa selama sejam 15 minit.Ketika sedang menjawab soalan saya melihat ramai murid-murid menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melihat jawaban kawan sebelah.Saya dapat menjawab soalan dengan lancar kerana telah mengulang kaji dan memahami apa yang dipelajari.

         Masa menjawab telah tamat,murid-murid perlu meletakan pensel dan berhenti menjawab soalan.Ramai kawan-kawanku terkejut kerana belum menjawab semua soalan.Mereka banyak membazirkan masa untuk menjawab soalan yang susah.

         Murid-murid dibenarkan keluar dari dewan untuk berehat.Murid-murid pergi ke kantin untuk membeli makanan untuk mengalas perut.Saya melihat ramai kawan-kawanku berbincang tentang jawaban soalan yang dijawab sebentar tadi.


         Setelah tamat waktu rehat murid-murid perlu beratur seperti tadi.Guru meminta supaya murid-murid lebih peka terhadap masa agar perkara yang sama tidak berulang.Semasa menjawab kertas penulisan murid-murid lebih tenang menjawab soalan kerana telah bersedia dan soalan lebih mudah.

*********************************************************************************

Pada minggu lepas, saya telah menduduki Peperiksaan Percubaan UPSR. Ia ialah ujian (Peperiksaan percubaan bertujuan) untuk menguji adakah (sama ada) murid-murid tahun 6 sudah bersedia menghadapi UPSR atau pbelum (sebaliknya). Peperiksaan telah berlangsung selama empat hari, bermula pada hari Isnin hingga hari Khamis. Subjek pertama yang akan diduduki ialah Bahasa Malaysia. Terdapat dua kertas pada subjek ini iaitu kertas pemahaman dan penulisan. (Penulisan murid tidak tepat. Murid sepatutnya menulis apa yang berlaku pada hari pertama kerana soalan ini berkaitan pengalaman)

      Pada hari Isnin, kertas pertama yang akan diduduki ialah Bahasa Malaysia pemahaman. (Murid tidak menulis mengikut kehendak soalan. Arahan soalan ialah meminta murid menceritakan pengalaman dan sepatutnya murid tidak menulis ‘akan’.) Sebelum memasuki dewan, murid dibenarkan untuk mengulangkaji (mengulang kaji). besar datang dan menyuruh murid-murid menyimpan buku dan beratur mengikut angka giliran.(Murid gagal menulis idea yang ingin disampaikan/ Jalan penceritaan perlu ditingkatkan))

      Murid-murid ke dewan untuk menjawab peperiksaan. Beberapa orang guru telah ditugaskan untuk menjaga dewan agar murid mengikut peraturan didalam dewan.Murid-murid diminta duduk dalam keadaan senyap. Di atas meja telah diletakkan kertas soalan. Murid-murid dibenarkan menjawab soalan sekarang mereka diberikan masa selama sejam 15 minit. (Penceritaan murid masih umum dan tidak menceritakan pengalaman penulis) Ketika sedang menjawab soalan saya melihat ramai murid-murid menoleh ke kiri dan ke kanan untuk melihat jawaban kawan sebelah. (Sebaiknya idea murid perlulah bersifat positif. Situasi meniru tidak sesuai dimasukkan sebagai idea.) Saya dapat menjawab soalan dengan lancar kerana telah mengulang kaji dan memahami apa yang dipelajari. (Baik) 

      Masa menjawab telah tamat, murid-murid perlu meletakan pensel dan berhenti menjawab soalan.Ramai kawan-kawanku terkejut kerana belum menjawab semua soalan. Mereka banyak membazirkan masa untuk menjawab soalan yang susah. (Diterima)

Murid-murid dibenarkan keluar dari dewan untuk berehat.Murid-murid pergi ke kantin untuk membeli makanan untuk mengalas perut yang berkeroncong.Saya melihat ramai kawan-kawanku berbincang tentang jawaban soalan yang dijawab sebentar tadi.(Diterima)

      Setelah tamat waktu rehat murid-murid perlu beratur seperti tadi. Guru meminta supaya murid-murid lebih peka terhadap masa agar perkara yang sama tidak berulang.Semasa menjawab kertas penulisan murid-murid lebih tenang menjawab soalan kerana telah bersedia dan soalan lebih mudah.
(Diterima tetapi penulis perlu menulis berdasarkan pengalaman penulis)

Markah
Isi 8/12
Kosa kata 1/3
Struktur ayat 0/3
Penggunaan imbuhan 1/3
Tanda baca 1/2
Ejaan 1/2
12/25





No comments:

Post a Comment

Penandaan BM Pemahaman Tahun 4 dan Tahun 5

Ina kongsikan teknik menjawab soalan BM Pemahaman iaitu soalan kategori 3 markah. Pada 9 Ogos yang lalu, Ina telah memberikan kerja sekola...

Tajuk Jurnal